Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan sepenuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejatuhan Pakatan Harapan, adalah satu sangkaan jahat.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau hairan mengapa Dr Mahathir sering kali tidak mengakui bahawa punca sebenar kejatuhan PH adalah kerana beliau letak jawatan pada Februari tahun lepas.
Dan tindakan itu, dakwa Shamsul Iskandar lagi, dilakukan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan kanan PH.